Anda telah ditawarkan dan dijanjikan dengan pelbagai macam bentuk "program buat duit" di internet tetapi...
Masih Gagal Dan Buntu Untuk Menjana Pendapatan Secara Online? Bagaimana Jika Saya Berikan Tips - Tips Penting Perniagaan Di Internet Berdasarkan Daripada Pengalaman Sebenar?
Jika anda ingin mendapatkan sumber informasi yang boleh dipercayai berkaitan industri keusahawan dan perniagaan di internet, maka inilah tempatnya...
![]() |
Dapatkan Informasi Keusahawan Daftar sebagai pelanggan istimewa dan perolehi Edisi E-Zine Peluang Internet yang terdahulu
serta pelbagai lagi ganjaran istimewa menarik!
|
Pelawat yang dihormati,
Saban hari kita melihat pelbagai macam jenis tawaran yang diberikan oleh sesetengah golongan yang mengajar serta menjanjikan pelbagai macam teknik atau kaedah menjana wang menerusi internet.
Saya jangkakan anda tiba di laman web ini adalah kerana anda ingin mencari satu peluang... Satu peluang yang boleh anda gunakan untuk menjana pendapatan sama ada secara sampingan atau sepenuh masa dengan hanya menggunakan internet.
Anda mungkin pernah mendapatkan pelbagai macam jenis panduan seperti ebook berkaitan buat duit di internet, menyertai pelbagai macam "program" jana wang atau mencuba pelbagai macam jenis "teknik rahsia" yang menjanjikan pulangan yang lumayan dalam sekelip mata.
Tanya pada diri anda sekarang... Adakah anda benar - benar telah berjaya menjana pendapatan di internet menerusi ebook, "program" atau "teknik rahsia" yang anda miliki tersebut? Adakah anda benar - benar terlibat dalam aktiviti "perniagaan" atau sebenarnya telah tertipu dengan menyertai "program jana wang" yang berkonsepkan skim cepat kaya?
Anda mungkin pernah, sedang atau bakal mengalami situasi berikut :
-
Keliru untuk membuat keputusan memulakan perniagaan anda di internet
-
Kecewa dengan tawaran informasi yang diperolehi dari sesetengah laman web
-
Tak tahu yang mana satu harus dicapai atau dilakukan untuk mula menampakkan hasil
-
Telah menghabiskan sejumlah wang tetapi tidak menampakkan hasil
-
Terlalu banyak informasi di "otak" sehinggakan menjadi "overloaded"
-
Gagal memulakan langkah pertama untuk membangunkan perniagaan anda
Sebelum itu, izinkan saya untuk memperkenalkan siapa diri saya...
Nama saya Mohd Amirol Zolkifli dan merupakan penerbit PeluangInternet.com. Anda boleh panggil saya sebagai "Amirol" sahaja. Saya telah menjalankan perniagaan di internet secara SERIUS sejak tahun 2006 yang lepas selepas melalui pelbagai cubaan, dugaan dan kajian bermula pada tahun 2005.
Jika anda merasakan anda telah berhabis banyak wang untuk mempelajari bagaimana memulakan perniagaan di internet, apatah lagi saya... Bukan seratus dua, tetapi telah beribu saya membelanjakan wang saya untuk mendapatkan ilmu - ilmu yang berkaitan dengan perniagaan di internet daripada membeli ebook, video tutorial, menyertai kelas online, menghadiri seminar dan sebagainya. Malah sehingga hari ini saya masih membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan ilmu - ilmu baru berkaitan industri ini.
Wujudnya PeluangInternet.com ini adalah bertujuan untuk membantu serta membimbing anda dengan tips - tips serta informasi yang bakal diberikan supaya anda boleh gunakan dalam usaha membangunkan perniagaan anda secara online.
Saya BUKAN lah seorang yang layak digelar sebagai pakar seperti ahli - ahli perniagaan atau usahawan internet yang lain. Saya juga BUKAN seorang mentor yang telah berjaya dengan pelbagai macam teknik atau mencapai status JUTAWAN. Namun begitu...
Saya telah menggunakan Internet sebagai satu sumber pendapatan untuk menampung segala keperluan kehidupan saya sehingga ke hari ini.
Pendek kata, saya tahu cara - cara serta langkah - langkah yang sebenar bagaimana untuk menjana wang di internet. Malah untuk lebih tepat lagi, saya tahu bagaimana untuk membina dan menjalankan PERNIAGAAN menerusi internet.
Jika selama ini anda keliru dengan apa yang ingin dilakukan atau tidak tahu yang mana satu harus anda lakukan bagi memulakan perniagaan anda di internet, maka inilah peluangnya untuk anda capai dengan menjadi pelanggan e-zine (majalah elektronik) PeluangInternet.com.
Terdapat banyak sebab MENGAPA anda harus menjadi salah seorang pelanggan e-zine PeluangInternet.com ini, dan berikut adalah sebab - sebab utamanya:
-
Saya akan berkongsikan tips - tips yang anda perlukan untuk membangunkan perniagaan anda di internet. Seperti yang saya katakan, saya telah membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan segala macam informasi dan rujukan berkaitan perniagaan di internet dan sudah pastinya saya akan berkongsi pengetahuan yang saya miliki.
-
Semua informasi yang saya kongsikan adalah berdasarkan daripada pengalaman sebenar saya sendiri. Saya tidak akan mengajar atau mengesyorkan sesuatu perkara yang tidak pernah saya cuba sendiri.
-
Fokus informasi adalah perihal membangunkan atau memasarkan PERNIAGAAN anda di internet dan bukannya menyertai program jana wang. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan konsep "program buat duit segera" yang berkonsepkan skim cepat kaya seperti sistem piramid, paid to read/click email@ads, sumbang derma, online Forex, sistem MLM @ Head hunting, pelaburan internet atau apa - apa perkara "buat duit" yang menjanjikan sejumlah pendapatan dengan segera.
-
Informasi yang diberikan adalah berdasarkan logik dan fakta yang sebenar serta telah terbukti berkesan. Saya sama sekali tidak menjanjikan anda untuk menjana ribuan ringgit dalam masa beberapa hari atau menjadi orang kaya dalam tempoh sebulan.
-
Saya akan memberikan hadiah istimewa seperti software, ebook, video dan sebagainya secara PERCUMA kepada anda dari semasa ke semasa. Saya memiliki sejumlah produk baru setiap bulan dan sudah tentunya saya akan berkongsikan sesetengah produk ini secara percuma.
Banyak lagi kelebihan yang bakal anda perolehi setelah menjadi salah seorang pelanggan e-zine PeluangInternet.com namun saya tidak menyarankan anda untuk menjadi pelanggan e-zine ini sekiranya :
-
Anda ingin menjana "wang segera" tanpa ingin melakukan sebarang usaha untuk memperolehinya.
-
Anda percaya bahawa anda memiliki tuah yang boleh memberikan anda kejayaan tanpa perlu kerja keras.
-
Anda tidak suka membaca. Ini adalah kerana sebagai pelanggan e-zine PeluangInternet.com, kebanyakan informasi akan dikirimkan ke dalam email anda.
-
Anda tidak mempunyai masa untuk menyemak informasi yang dikirimkan serta mengaplikasikan apa yang telah dikongsikan.
-
Anda merasakan diri anda telah memiliki ilmu yang cukup dalam industri perniagaan di internet ini.
-
Anda tidak mahu menerima pandangan, pendapat atau saranan yang akan diberikan kerana anda merasakan ia tidak perlu.
-
Anda tidak tahu apa sebenarnya perniagaan di internet dan tidak berminat untuk mengetahuinya.
-
Anda mengharapkan serta berharap saya akan membantu anda 100% tanpa sebarang usaha yang diperlukan daripada pihak anda. Ingat, saya hanya akan memberikan panduan sahaja dan selebihnya anda perlu berusaha untuk mencapainya. Umpama saya berikan pancing, dan anda perlu gunakan pancing tersebut untuk mendapatkan ikan dengan usaha anda sendiri.
Ini bukan
satu RAHSIA untuk menjana wang mudah dalam sehari dua.
Sebaliknya E-Zine ini adalah merupakan satu perkhidmatan yang membekalkan panduan dan bimbingan untuk membantu anda
dalam menjalankan serta mengendalikan
perniagaan di internet.
PERCUMA!
Ebook Kali Pertama Memulakan Bisnes
Internet Yang Ditulis Berdasarkan Pengalaman Sebenar
Di dalam ebook ini saya kongsikan beberapa perkara seperti berikut:
|
![]() |
Sebagai bonus menjadi pelanggan e-zine PeluangInternet.com, saya akan berikan anda ebook percuma bertajuk "Kali Pertama Memulakan Bisnes Internet" yang telah saya karang pada tahun 2007.
Ebook ini dapat membantu anda dalam memberi sedikit kefahaman berkaitan apa perkara yang anda perlu lakukan dan apa perkara yang tidak perlu anda lakukan dalam usaha membina perniagaan anda di internet.
|
|
Lebih daripada 50 testimonial yang telah diberikan oleh pembaca ebook ini. Klik di sini untuk melihat apa kata mereka.
Saya juga turut akan memberikan pelbagai lagi bonus dari semasa ke semasa. Namun, pastikan anda tidak melanggan e-zine ini hanya semata - mata untuk mendapatkan bonus.
Jika anda benar - benar SERIUS untuk menjana pendapatan di internet, maka berikut adalah perkara yang perlu anda lakukan:-
Hentikan daripada terus menerus terlibat dengan perkara - perkara yang tidak berfaedah di internet. (surfing tak tentu hala)
-
Hentikan daripada membazir wang serta masa anda untuk melabur kepada perkara - perkara yang menjanjikan "pulangan lumayan" dalam sekelip mata.
-
Hentikan daripada terus menerus mencari dan bergantung dengan "program jana wang" atau "skim cepat kaya" yang menawarkan pulangan ribuan ringgit.
-
Bersedia untuk meluangkan sedikit masa anda selepas ini.
-
Daftar sebagai pelanggan E-Zine PeluangInternet.com (PERCUMA!)
(Pastikan anda mendaftar menggunakan butiran yang sebenar dan bukannya palsu. Jika anda berniat untuk membekalkan butiran palsu, saya sarankan untuk anda tidak mendaftar... )
![]() |
![]() |
|
|
|
|
|
|
||
|
|
|
|
Akhir kata, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana telah meluangkan sedikit masa anda untuk membaca informasi yang disediakan di laman ini.
Ikhlas,

Pemilik dan Pengusaha
PeluangInternet.com
p.s - Anda tidak mengalami sebarang kerugian dengan menjadi salah seorang pelanggan penerbitan E-Zine PeluangInternet.com kerana ia adalah PERCUMA sahaja. Malah anda sebenarnya bakal menerima pelbagai informasi eksklusif yang akan membantu dalam membangunkan perniagaan anda di internet.
p.p.s - Sebagai pelanggan PeluangInternet.com juga, anda akan diberikan pelbagai tawaran istimewa dari semasa ke semasa seperti produk percuma (ebook,software,script,video etc), diskaun, Joint Venture, seminar, tutorial dan lain - lain hal yang berkaitan dengan industri internet marketing.
Perlu Bantuan? Layari Ke http://support.usahaniaga.com
Laman web ini adalah sebahagian daripada hak milik syarikat Profit Internet Solutions (NS0035799-X). Kesemua laman web milik Profit Internet Solutions adalah dilindungi dibawah Syarat dan Terma Syarikat yang telah ditetapkan :
Website Terms Of Use | Disclaimer | Privacy Policy | Anti-Spam Policy
Hak Cipta Terpelihara © 2007 - 2008 Profit Internet Solutions & Amirol Zolkifli.




